Kalini sudah tukar..nama roti ini ialah roti bantal busuk makcik la pulak haha
Sudah lama tak meroti guna bread maker ku ini kerana kekecewaan di atas kegagalan meroti dgn rasa yg sedap dan digilai org2 di rumahku. Selalunya keras dan tawar. Mak akan mula membebel.
Namun harini keinginan ku kembali dtg setelah harini kehabisan beras dan malas keluar hehe. Surf punya surf nampak gambar roti dari web ni menarik
http://www.dapurkakjee.com/2011/06/roti-bantalbenggalipaun.html?m=1
Hasilnya....pagi ni dapat makan roti bakar telur kentang berkicap pakcik masakkan bersama hot choc. Malam tadi roti siap dekat 12 malam, tak sempat nak tangkap gambar, pakcik dah asyik tanya je, pagi ni belum sempat ke dapur makanan dah dtg sendiri hehehe alhamdulillah. Gambar dpt tangkap hanya setelah pakcik siap potong2kan dan hidangkan. Macih pakcik i lap u.
Terima kasih Kak Jee resepi ni mmg sesuai dgn BM saya dan saya tambah lagi 1 bahan dalam ni iaitu 2-3 sudu bijan, manakala susu kering saya letak sepeket susu kambing hi goat.