Saturday, May 07, 2016

Roti bantal benggali katanya..

Kalini sudah tukar..nama roti ini ialah roti bantal busuk makcik la pulak haha

Sudah lama tak meroti guna bread maker ku ini kerana kekecewaan di atas kegagalan meroti dgn rasa yg sedap dan digilai org2 di rumahku. Selalunya keras dan tawar. Mak akan mula membebel.

Namun harini keinginan ku kembali dtg setelah harini kehabisan beras dan malas keluar hehe. Surf punya surf nampak gambar roti dari web ni menarik
http://www.dapurkakjee.com/2011/06/roti-bantalbenggalipaun.html?m=1

Hasilnya....pagi ni dapat makan roti bakar telur kentang berkicap pakcik masakkan bersama hot choc. Malam tadi roti siap dekat 12 malam, tak sempat nak tangkap gambar, pakcik dah asyik tanya je, pagi ni belum sempat ke dapur makanan dah dtg sendiri hehehe alhamdulillah. Gambar dpt tangkap hanya setelah pakcik siap potong2kan dan hidangkan. Macih pakcik i lap u.

Terima kasih Kak Jee resepi ni mmg sesuai dgn BM saya dan saya tambah lagi 1 bahan dalam ni iaitu 2-3 sudu bijan, manakala susu kering saya letak sepeket susu kambing hi goat.

Wednesday, January 20, 2016

Assalamualaikum 2016 & 1437H!

Tak sangka dapat tempat pertama untuk acara lucky draw. Beli barangan tupperware last December 2015 sebab ada diskaun runtuh sempena akhir tahun, dapatlah 2 no lucky draw. Awal tahun 2016 dimulai dengan hadiah lucky draw nombol 1! rare! Alhamdulillah rejeki. Moga Allah terus memberi rejeki yang menjadikan asbab bagiku sekeluarga dapat masuk syorgaMU ya Allah. Hanya redhaMU yang kami cari ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

My latest gadget YICAM, China mari

Sempena semangat untuk fotografi yang semakin merundum, aku belikan diri ku hadiah gadget baru, semoga semangat kembali pulih hihihi poyo taks....

Sunday, September 13, 2015

Jom belajar joomla.org

Harini belajar buat website guna joomla.org di https://www.joomla.org

Sunday, April 13, 2014

Muhasabah bila ditimpa musibah. Allahuakbar!

Ditulis berdasarkan youtube Dr Asri:

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Kata Hamka: Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNYA kepada kita.



Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun, jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun, jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri
kita kepada kita walaupun sekelip mata, dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberi keuntungan
yang mana jalan-jalan manusia tak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah. Jika kita lihat dunia ini, bila manusia hilang suatu benda daripada dunia ini, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya.
Jika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya, tetapi harini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita akan mengeluh, tapi usia kita telah berjalan, masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini, tapi kita lupa untuk bersyukur di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya. Bila kita mengalami musibah, bacalah 'cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan' . SERAHKAN SEMUA URUSAN KEPADA ALLAH.



DR ASRI-PDPS-JANJI ALLAH DGN ISTIGHFAR





Bismillahirrahmanirrahim.
Istighfarlah, minta ampun kepada Tuhanmu, DIA bukan saja ampun tapi dia tutup dosamu (aibmu).
Rahmat Allah, dia maha Ghafar. Kehidupan kita sangat banyak aib diri kita ni.

Istighfar, akan menurunkan hujan, maka kerana itu perlu solat Istisqa. Siapa nak harta banyak, istighfarlah, jika tiada anak, istighfarlah, jika tanaman tidak berhasil, istighfarlah. Jika orang itu istighfar, Allah tidak akan menjadikan dia dalam kesempitan harta, sehingga tidak boleh hidup. Allah memberi harta dengan kadar-kadarnya, tapi dia tidak akan memiskinkan orang yang beristighfar.

Ini janji Allah, dalam Quran. Allahlah pemberi rezeki.

Friday, March 28, 2014

Compost your kitchen waste

You should know that you can compost your home kitchen waste into fertiliser.

Sambal belimbing hitam

Sedap makan dgn roti putih, nasi putih panas pagi2 (macam nak pi kebun lak haha). warghhh! lapaq!
resepi bertulis boleh google je 'sambal belimbing hitam pahang', pasti jumpa!

Saturday, March 22, 2014

ICT

I spent 5 days (7 - 11 Mac 2014) in Terengganu Kelantan for a little job in Kota Bharu on 10 Mac 2014. On the same date the MH370 flew on Kota Behrang route, I was in Kuala Behrang land as well.

I am not going to talk about MH370, but a little story about food shop somewhere in Teluk Ketapang, Terengganu called ICT- Ikan Celup Tepung. The rest story just some visual around the ICT.

Tuesday, January 21, 2014

Oren bodoh

Masa zaman budak-budak dulu zaman 80-an, air botol ni dikenali sebagai oren bodoh, sarsi bodoh. Tak sangka masih wujud lagi. Dah lama tak minum air botol versi bodoh ni. Zaman kekecik dulu dapat minum air dalam botol ni bila demam je baru abah belikan. Kenapa bodoh? Ianya digelar bodoh hanya kerana tiada gas saja, jadi air botol yang ada gas mungkin pandai lah. Namun begitu, tidaklah ianya digelar oren pandai atau sarsi pandai. Rindu abah.

Tuesday, January 14, 2014

Check your spare tyre before travel

The most irony situation is when your car tyre was punctured in front of a closed tyre shop. It is a way to improve your breathing skill.

Sri Manja Hotel, Kuantan Pahang

Japanese room.  rm 184.