Tuesday, January 21, 2014

Oren bodoh

Masa zaman budak-budak dulu zaman 80-an, air botol ni dikenali sebagai oren bodoh, sarsi bodoh. Tak sangka masih wujud lagi. Dah lama tak minum air botol versi bodoh ni. Zaman kekecik dulu dapat minum air dalam botol ni bila demam je baru abah belikan. Kenapa bodoh? Ianya digelar bodoh hanya kerana tiada gas saja, jadi air botol yang ada gas mungkin pandai lah. Namun begitu, tidaklah ianya digelar oren pandai atau sarsi pandai. Rindu abah.

No comments:

Post a Comment